Jaya Hypermart tawar diskaun kembali ke sekolah

Jaya Hypermart tawar diskaun kembali ke sekolah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 15 Dis – Jaya Hypermart cawangan KBSentral, sekali lagi menyertai jualan besar-besaran hujung tahun, Brunei SALE-bration dengan menawarkan harga diskaun bagi pelbagai barangan kembali ke sekolah.

Pasar raya itu menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi barangan seperti beg, pakaian, permainan kanak-kanak, kasut dan banyak lagi. Ia juga menawarkan diskaun belian dengan belian bagi barangan terpilih.

Pengunjung meninjau barangan yang dijual dengan harga diskaun di Jaya Hypermart, cawangan KBSentral.
Pengunjung meninjau barangan yang dijual dengan harga diskaun di Jaya Hypermart, cawangan KBSentral.