JBP anjur Larian Bomba 5 Jun ini

JBP anjur Larian Bomba 5 Jun ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Armtrix Enterprise akan mengadakan Larian Bomba pada 5 Jun ini di Padang dan Belapan, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kira-kira 3,000 penyertaan telah diterima daripada peserta tempatan termasuk anggota bomba, selain itu larian turut menerima penyertaan dari luar negara termasuk tiga orang dari Bomba Johor, empat dari Bomba Sabah dan dua dari Bomba Sarawak.

Sehubungan itu, JBP dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa pengagihan kit larian akan diadakan pada 2 Jun dari 6 petang hingga 10 malam, 3 Jun dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 10 malam, serta 4 Jun dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

JBP turut menyatakan bahawa pada acara itu nanti juga akan diadakan pameran kesedaran awam mengenai ke-selamatan dan punca-punca kebakaran dari Bahagian Penyiasat dan mengenai penguatkuasaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 dari Bahagian Pencegah Kebakaran.

Di samping itu juga akan diadakan beberapa aktiviti yang berbentuk kebombaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat seperti demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadan api, shooting target, kepantasan memakai jaket bomba, cabaran berhalangan pemakaian jaket bomba, cabaran ujian berhalangan kebombaan dan flying fox.

Dalam pada itu, Balai Bomba Miri akan mempromosikan Larian Bersama Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 yang akan diadakan pada 22 Julai 2016 yang mana pendaftaran akan dibukakan kepada orang ramai bermula 5 Jun hingga 17 Jun 2016.

 

ARTIKEL YANG SAMA