JBP tewaskan X.BES 3-0

JBP tewaskan X.BES 3-0

Oleh Hamdanajib Haji Domeng

BERAKAS, 11 Feb – Pasukan Bolasepak Jabatan Bomba & Penyelamat Cawangan Operasi ‘F’- (JBP cawangan Operasi ‘F’) baru-baru ini, telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Bola sepak di antara   JBP cawangan Operasi ‘F’ bertemu X.BES Reunited yang berlangsung di Kompleks Sukan Padang dan Belapan, Berakas.

Dalam perlawanan tersebut, Pasukan JBP cawangan Operasi ‘F’ berjaya menewaskan Pasukan X.BES dengan jaringan 3-0. Gol-gol berkenaan masing-masing dijaringkan oleh Haji Mohd Yusni, Awang  Helmi pada separuh masa pertama dan Mohd Fatin Aqilah pada masa kedua.

Hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah Pengurus Pasukan JBP Cawangan Operasi ‘F’ , Timbalan Pegawai Balai, Awang Aliman bin Haji Salleh dan ABKS 235, Mohd Mahari bin Haji Sidop selaku penolong pengurus.

Penganjuran perlawanan bertujuan untuk mencari pemain-pemain muda & baru bagi Pasukan JBP cawangan Operasi ‘F’ untuk persediaan dalam Kejohanan Liga Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei, di samping mengeratkan lagi tali silaturahim dengan pasukan-pasukan yang lain.

Antara pasukan yang menyertai perlawanan bagi Liga Bolasepak Daerah Brunei dan Muara 2015.
Antara pasukan yang menyertai perlawanan bagi Liga Bolasepak Daerah Brunei dan Muara 2015.

Pasukan tersebut juga sering kali mengadakan perlawanan persahabatan  ke luar daerah bagi memantapkan pasukan dan mencari keserasian dalam kalangan pemain.

ARTIKEL YANG SAMA