JCMB promosi budaya hidup sihat

JCMB promosi budaya hidup sihat

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 6 Mei – Dalam usaha menanam kesedaran menjalani gaya hidup sihat terutama dalam kalangan penduduk Daerah Belait, sebuah pusat kecergasan akan dibuka di kawasan Lumut, Kuala Belait.

Pusat kecergasan JCMB (Jackie Chan Muscle Building) yang terletak di Unit 11, Simpang 72, Jalan Kampung Lumut itu akan dibuka secara rasminya Ahad ini, bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Ia akan menawarkan kemudahan-kemudahan seperti treadmill, bar bell dan dumbbells, freeweight dan bodyweight untuk sebarang sesi senaman seperti senaman kardio, sesi latihan kekuatan dan banyak lagi.

Pengurus Bersama JCMB, Awang Jackie Chan Yong Heng dan Awang Tia Siew Horng mengatakan, mereka membuka pusat itu kerana teruja melihat potensi pasaran dalam kalangan penduduk Kuala Belait.

“Sebelum ini saya hanyalah pelatih peribadi persendirian dan apabila semakin banyak sambutan daripada pelanggan untuk bersenam di sebuah tempat, maka saya memutuskan untuk membuka pusat kecergasan ini,” kata Awang Jackie.

Awang Tia (kiri) dan Awnag Jackie Chan di hadapan logo pusat kesihatan mereka.
Awang Tia (kiri) dan Awang Jackie Chan di hadapan logo pusat kesihatan mereka.

pg11_150507_c

Manakala Awang Tia menjelaskan, “Di sini kami mementingkan kualiti daripada segi pencapaian kesihatan pelanggan dan hasrat kami adalah untuk membantu mereka mencapai tahap kesihatan yang mereka inginkan, memaksimumkan penggunaan kemudahan dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada kakitangan kami dan video-video motivasi yang kami sediakan di sini.”