Jeb Bush lancar kempen ke Rumah Putih

Jeb Bush lancar kempen ke Rumah Putih

MIAMI, 15 Jun – Jeb Bush, adik kepada bekas presiden Amerika Syarikat ke-43, George W. Bush, melancarkan secara rasmi bidaannya ke Rumah Putih 2016 hari ini dalam usaha mencari momentum untuk memecahkan sebarang kebuntuan dalam pencalonan presiden untuk Republikan, tetapi dijangka berdepan dengan saingan sengit.

Bekas Gabenor Florida berusia 62 tahun itu akan membuat pengumumannya pada jam 3 petang EDT (1900 GMT) dalam ucapan di Koleh Miami-Dade, sebuah sekolah pelajarnya dari pelbagai budaya, yang dipilih untuk menyerlahkan komitmen Bush untuk mencuba memperluaskan lagi pengaruh Parti Republikan yang kini didominasi oleh kulit putih.

Dalam ucapannya dan perhentian kempen di New Hampshire, Iowa dan Carolina Selatan minggu ini, Bush antara lain akan menyatakan beliau akan menjadikannya keutamaan untuk menjana pertumbuhan tinggi dalam ekonomi Amerika Syarikat dan mewujudkan sehingga 19 juta pekerjaan, menurut memo yang disediakan oleh pasukan Bush untuk kegunaan para penyokongnya sebagai bahan kempen.

Beliau juga akan menekankan keperluan bagi “kedudukan AS yang lebih kukuh di dunia”, menurut memo tersebut, yang dilihat oleh Reuters.

Bekas Gabenor Florida, Jeb Bush. – AFP
Bekas Gabenor Florida, Jeb Bush. – AFP

“Musuh-musuh kita tidak lagi takut dengan kita, dan rakan-rakan kita tidak lagi percaya dengan kita. Inilah masanya untuk kita melakukan sesuatu yang terbaik dan semua sekutu-sekutu kita,” kata memo itu.

Laluan Bush bagi pencalonan itu setentunya susah. Beliau menyertai barisan Republikan yang kini sudah pun ada 10 calon yang sudah pun mengisytiharkan hasrat mereka untuk bertanding, serta berdepan dengan beberapa pesaing yang hebat seperti di Florida Senator Marco Rubio, Gabenor Wisconsin Scott Walker da beberapa yang lain.

Para penasihat Bush berkata beliau sudah pun bersedia bagi perjuangan yang panjang dan getir untuk pencalonan. Kejayaan bagi sudah tidak dinafikan di Iowa, New Hampshire atau Carolina Selatan, tiga negeri pertama mengadakan pertandingan pencalonan parti menjelang pilihan raya pada November 2016. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA