Jeff Bezos terkaya dunia

NEW YORK, 11 Jan – CEO Amazon Jeff Bezos kini menjadi orang paling kaya dalam dunia, bukan sahaja pada masa ini tetapi sepanjang zaman.

Bloomberg dan Forbes menyeneraikan Bezos dalam senarai jutawan tertinggi. Bloomberg berkata nilai Bezos mencecah AS$106 bilion sementara Forbes menyatakan AS$105 bilion semalam.

Rekod sebelum ini dipegang oleh pengasas Microsoft Bill gates dengan nilai 100 bilion pada 1999.

Sebahagian besar daripada nilai Bezos datang dari 78.9 juta saham daripada pasaran Amazon yang dimilikinya. Saham Amazon (AMZN) meningkat hampir 57 peratus pada 2017.

CEO Amazon Jeff Bezos semasa menghadiri Anugerah 75th Annual Golden Globe di Hotel Beverly Hilton, California baru-baru ini. Semalam Bloomberg dan Forbes menyenaraikan Bezos sebagai orang paling kaya di dunia dengan nilai mencecah AS$106 bilion. – AFP

Syarikat yang berpangkalan di Seattle berjaya mencapai 89 peratus dari perbelanjaan atas talian dalam kalangan penjual-penjual terbesar dalam tempoh lima minggu, menurut analisis data urus niaga yang dilakukan oleh Earnest Research di New York.

Bill Gates kini menduduki tempat kedua dalam kedua-dua senarai dan dianggarkan memiliki 92 bilion. Namun terdapat perdebatan bahawa jika dia terlibat dalam bantuan amal, nilai Gates akan lebih tinggi daripada Bezos.

Menurut Bloomberg, Gates memberikan lebih 700 juta saham Microsoft yang bernilai 61.8 bilion dalam pasaran hari ini dan juga 2.9 bilion tunai sejak 1996. – Xinhua