Jejak Kasih h...

Jejak Kasih hulur sumbangan ke tabung amal

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Nasib mangsa-mangsa kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada orang ramai yang prihatin dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa berkenaan.

Sehubungan itu, satu majlis penyampaian sumbangan kepada Tabung Amal Bangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam telah diadakan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, tabung berkenaan telah menerima sumbangan berjumlah $537 yang diterima daripada Jejak Kasih Pengambilan ke-56 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jejak Kasih Pengambilan ke-56 ABDB, Pengiran Chuchu bin Pengiran Matahir kepada Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir.

Pengiran Chuchu menyerahkan sumbangan berjumlah $537 kepada Dayang Rostinah.
Pengiran Chuchu menyerahkan sumbangan berjumlah $537 kepada Dayang Rostinah.

ARTIKEL YANG SAMA