Jejambat baru dekat PTE Meragang dibuka berperingkat

Jejambat baru dekat PTE Meragang dibuka berperingkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai bahawa jejambat baru di persimpangan jejambat berdekatan Pusat Tingkatan Enam Meragang akan dibuka secara berperingkat-peringkat bagi memberi laluan kerja-kerja penyiapan sepenuhnya jejambat tersebut.

Bagi peringkat pertama, ia akan melibatkan pembukaan jambatan baru menghala ke Pekan Muara dan menghala ke Jerudong akan dibuka jam 9 pagi esok (26 Mac 2016).

Manakala itu, persimpangan lampu isyarat akan dibuka sebaik saja kerja-kerja pengubahsuaian jalan susur siap dilaksanakan.

JKR, dalam kenyataannya, turut menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA