Jejambat runtuh di India

Jejambat runtuh di India

KOLKATA, India, 31 Mac (Reuters) – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 150 orang lagi dikhuatiri terperangkap apabila jejambat yang masih dalam pembinaan di bandar Kolkata, runtuh ke arah lalu lintas yang sedang bergerak di sepanjang jalan itu, kata polis.

Anggota bomba dan penduduk cuba menggunakan tangan mereka untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah struktur runtuhan berupa logam dan simen, berhampiran Taman Girish di kawasan komersial yang sibuk.

Rakaman televisyen menunjukkan tangan yang berlumuran darah cuba untuk keluar dari runtuhan terlihat dari kawasan kejadian itu.

Orang ramai cuba untuk memberikan botol air kepada mangsa yang tersepit di bawahnya.

“Keadaan ini amat menyedihkan. Pada masa ini tiada seorang pun yang tahu berapa ramai orang yang terperangkap,” kata Raichand Mohta, seorang pegawai polis di tempat kejadian.

Pekerja penyelamat dan sukarelawan India cuba untuk membebaskan orang yang terperangkap di bawah runtuhan jejambat di Kolkata kelmarin. – AFP
Pekerja penyelamat dan sukarelawan India cuba untuk membebaskan orang yang terperangkap di bawah runtuhan jejambat di Kolkata kelmarin. – AFP

Seorang saksi Reuters berkata paramedik telah bekerja keras untuk membebaskan orang yang tersepit dalam teksi bas mini yang remuk akibat runtuhan tersebut.

Terdapat sedikit tanda operasi keselamatan dijalankan, apabila akses untuk mengangkat peralatan berat adalah terhad oleh kerana kawasan bangunan yang berdekatan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Seorang pegawai kanan polis di tempat kejadian berkata, 15 orang yang cedera parah itu telah diselamatkan.

“Kebanyakannya mengalami pendarahan yang parah. Masalahnya tiada siapa yang mampu untuk memandu ambulans ke tempat itu,” kata Akhilesh Chaturvedi, seorang pegawai kanan polis.

Sebuah kren 140 tan dibawa ke tempat kejadian tetapi tidak dapat mengangkat kepingan konkrit di mana ramai orang dikhuatiri terperangkap, termasuk penumpang dalam bas mini itu.

Menteri Dalam Negeri, Rajnath Singh menulis di tweeternya akan kebimbangan beliau dan mengumumkan bahawa pasukan penyelamat agar dapat bergegas ke tempat kejadian.

Jejambat 2 kilometer (1.2 batu) itu telah berada di bawah pembinaan sejak tahun 2009 dan telah berakhir tempoh pembinaan sempenuhnya dari yang ditetapkan.

Projek-projek pembinaan di India telah lama dibelenggu oleh standard keselamatan yang lonngar dan lemah.