Jelajah basikal Langkawi 22 Februari tahun depan

Jelajah basikal Langkawi 22 Februari tahun depan

PUTRAJAYA, 1 Jun – Perlumbaan jelajah berbasikal terulung di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk edisi 2017 akan diadakan pada 22 Februari hingga 1 Mac tahun depan.

Gambar fail - ketika Le Tour de Langkawi 2012. – AFP
Gambar fail – ketika Le Tour de Langkawi 2012. – AFP

Dalam pengumuman sebentar tadi, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali mengumumkan perlumbaan lapan peringkat yang akan bermula pada hari Rabu seperti yang dipersetujui Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal berkata perlumbaan tahun depan itu akan menyaksikan LTdL 2017 kembali bermula di Pulau Langkawi.

“Seperti edisi tahun ini, kita melihat impak yang cukup besar apabila perlumbaan bermula dan berakhir pada hari Rabu.

“Kita juga berpeluang tarik minat lagi banyak pasukan besar dari Eropah untuk turut serta,” kata Emir selepas majlis penyampaian Sorakan Semangat LTdL 2016 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Sekolah Menengah Sains Tapah, Tapah, Perak menjuarai kategori sekolah terbaik dan Kampung Guntong MK Lumbok, Batu Pahat, Johor menjuarai kategori kampung terbaik dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000. – BHS

ARTIKEL YANG SAMA