Jelajah Keputeraan Ride

Jelajah Keputeraan Ride

Oleh Mohammad Abdullah

 

SATU lagi sejarah tercipta apabila Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) telah berjaya menjelajahi 22,010km perjalanan iaitu selama 70 jam. Yang Dipertua PEMODA , Pengiran Haji Redzuan Pengiran Haji Ahmad, mengatakan bahawa ‘Keputeraan Ride’ ini adalah salah satu aktiviti tahunan bagi persatuan PEMODA dan lazimnya dilaksanakan secara kecil-kecilan namun pada tahun ini acara ini dibuat secara besar-besaran.

Jelajah selama 70jam ini adalah simbolik bagi Sambutan Hari Puja Usia Baginda Sultan yang ke-70 tahun. Sebanyak 71 buah motosikal telah mengikuti jelajah seluruh negara yang telah membawa peserta-peserta kepada tempat-tempat menarik dan bersejarah di negara ini. Kebanyakan lokasi-lokasi perhentian memperlihatkan satu pemandangan yang indah dan bermakna seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, Menara Cendera Kenangan di Kuala Belait dan juga Muzium Kota Batu

Perjalanan ‘Ride’

Sebanyak tujuh kumpulan telah menyertai jelajah itu yang mana telah memakan masa selama 70 jam. Apa yang menarik, setiap pasukan dinamakan dengan pelbagai nama-nama alat-alat kebesaran Diraja seperti Pemuras, Karga, Kelasak, Kampilan, Pedang, Tombak, Perisai, Tongkat, Keris dan juga Kaskol.

Ahli-ahli PEMODA yang mengikuti acara ‘Keputeraan Ride’.
Ahli-ahli PEMODA yang mengikuti acara ‘Keputeraan Ride’.
Bertolak untuk ‘Keputeraan Ride’ menjelajahi seluruh Brunei Darussalam.
Bertolak untuk ‘Keputeraan Ride’ menjelajahi seluruh Brunei Darussalam.

“Aktiviti jelajah selama 70 jam tersebut telah mengembara sejauh 22,010km secara berkumpulan dan aktiviti ini bukan saja untuk mengetahui dan mempelajari bagaimana untuk menunggang motosikal dengan betul dan beriadah malah ia adalah salah satu acara yang cukup bernas dan bermanfaat untuk dilakukan,” tambah Pengiran Haji Redzuan kepada penulis.

Di sepanjang perjalanan terdapat enam pusat perhentian yang mana setiap pusat perhentian akan terdapat beberapa senario kecemasan akan berlaku. Setiap pasukan akan berperanan dalam memastikan kepimpinan dan keselamatan setiap ahli kumpulan akan terjaga dan setia kawan. Aktiviti menjelajah ‘Keputeraan Ride’ ini juga sedikit sebanyak untuk mempromosikan keselamatan di jalan raya dan juga keselamatan semasa membonceng secara berkumpulan ataupun perseorangan.

ARTIKEL YANG SAMA