Jelajah KIA kembali

Jelajah KIA kembali

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Jelajah KIA (KIA on Tour) kembali lagi dengan kali ini menampilkan keluaran model-model terbaru jenama KIA yang akan dipamerkan di Pusat Membeli-belah Times Square bermula 29 hingga 31 Mei ini.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang membuat uji pandu mana-mana model KIA di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengunjung yang membuat uji pandu akan menerima beg eksklusif KIA daripada Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama KIA di negara ini.

Jelajah KIA 2015 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama KIA.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen globalisasi Kia untuk melebihi jangkaan pelanggan melalui inovasi automotif yang berterusan.

Sertai KIA on Tour bermula 29 hingga 31 Mei ini menampilkan model-model kereta terbaru dari jenama kIA.
Sertai KIA on Tour bermula 29 hingga 31 Mei ini menampilkan model-model kereta terbaru dari jenama kIA.

ARTIKEL YANG SAMA