Jelaskan cukai sebelum 31 Disember

Jelaskan cukai sebelum 31 Disember

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan mengingatkan para pemilik hartanah yang terletak dalam kawasan pentadbirannya, yang belum menjelaskan Tuntutan Cukai Bangunan Bagi Tahun 2015, supaya menjelaskannya sebelum 31 Disember ini.

Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail dalam satu kenyataan berkata, bagi melaksanakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Bab 12 Akta Lembaga-lembaga Bandaran Penggal 57, Jabatan Bandaran BSB telah menghantar Notis Tuntutan Cukai Bangunan Bagi Tahun 2015 kepada pemilik-pemilik hartanah yang terletak dalam kawasan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

Menurut beliau, pembayaran boleh dibuat secara tunai, melalui kad kredit atau menggunakan cek atas nama kerajaan Negara Brunei Darussalam, di Tingkat 3, Bahagian Kewangan, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, di Jalan Perdana Menteri, di ibu negara.

Kegagalan dalam melunaskan tuntutan cukai bangunan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Lembaga-lembaga Bandaran Penggal 57, jelas beliau.

ARTIKEL YANG SAMA