Jemaah haji KPSSU diraikan

Jemaah haji KPSSU diraikan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (KPSSU) mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 dan majlis meraikan warga KPSSU yang selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan fardu Haji tahun ini.

Majlis berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan Kementerian berkenaan, Jalan Menteri Besar, di sini dan dihadiri Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir Setiausaha Tetap di KPSSU, Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan), Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, para pengarah jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KPSSU di Jabatan dan Bahagian di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pengiran Muhd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki dan terjemahannya oleh Haji Bahrin bin Haji Jumat. Diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Wasatiyyah Asas Kecemerlangan Ummah,’ oleh Pengarah Antarabangsa dan Perhubungan Awam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa menghadiri majlis berkenaan.
Dr. Haji Noralizam menyampaikan ceramah khas pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 KPSSU kelmarin.
Dr. Haji Noralizam menyampaikan ceramah khas pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 KPSSU kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA