Jemaah haji polis dirai

Jemaah haji polis dirai

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Tiga orang jemaah haji Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini diraikan dalam Majlis Kesyukuran sempena kepulangan jemaah haji berkenaan, di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir di majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor dan isteri, Datin Hajah Rosminah binti Haji Abdul Hamid. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam dan isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid, para pegawai dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis turut diselajurkan dengan solat sunat Hajat berjemaah dan bacaan tahlil serta doa arwah kepada anggota polis bersara yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, Allahyarham S/Sjn Pengiran Haji Tahir bin Pengiran Haji Damit.

Ia turut diserikan dengan Dikir Syarafil Anam dan menabur bunga rampai serta doa kesyukuran menyambut kepulangan jemaah haji.

Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis turut menghadiri majlis meraikan jemaah haji Pasukan Polis Diraja Brunei.
Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis turut menghadiri majlis meraikan jemaah haji Pasukan Polis Diraja Brunei.
Antara jemputan yang hadir di majlis itu, kelmarin.
Antara jemputan yang hadir di majlis itu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA