Jemaah Iran tidak dapat tunaikan Haji

Jemaah Iran tidak dapat tunaikan Haji

TEHRAN, 12 Mei (AFP) – Iran telah gagal untuk mencapai satu perjanjian dengan Arab Saudi dalam urusan bagi jemaahnya untuk menyertai ibadah Haji September ini berikutan ketegangan hubungan kedua-dua buah negara, kata menteri kebudayaan negara itu hari ini.

Delegasi Iran telah mengadakan rundingan empat hari di Arab Saudi bulan lepas, berhasrat untuk mencapai satu perjanjian namun dengan kedutaan Arab Saudi di Iraq ditutup sejak Januari dan laluan penerbangan Iran ke kerajaan itu dihentikan, mereka kini dalam kebuntuan.

“Pengurusan itu belum diselesaikan dan kini ia sudah terlambat,” Ali Jannati memberitahu agensi berita rasmi IRNA. “Sabotaj itu datangnya dari Arab Saudi.

“Sikap mereka begitu dingin dan tidak sesuai. Mereka tidak menerima cadangan-cadangan kami berikutan mengeluarkan visa-visa atau pengangkutan dan keselamatan para jemaah.”

“Pegawai Saudi berkata jemaah kami mesti membuat perjalanan ke negeri lain untuk membuat permohonan visa mereka.”

Jemaah Iran tidak akan tunaikan Haji di Arab Saudi tahun ini disebabkan perbalahan hubungan di antara kedua-dua buah negara. - AFP
Jemaah Iran tidak akan tunaikan Haji di Arab Saudi tahun ini disebabkan perbalahan hubungan di antara kedua-dua buah negara. – AFP

Iran telah menegaskan bahawa Arab Saudi mengeluarkan visa melalui kedutaan Switzerland di Tehran, yang menjaga kepentingan Arab Saudi sejak Riyadh memutuskan hubungan pada Januari berikutan penggeledahan kedutaan diplomatik mereka oleh para pemberontak selepas ia menghukum seorang ulama Syiah terkemuka.

Satu lagi isu perbalahan adalah dalam keselamatan, selepas rempuhan besar-besaran pada musim Haji tahun lepas yang telah mengorbankan 2,000 jemaah asing, termasuk 464 warga Iran.

Kementerian Kebudayaan dan Bimbingan Islam menyelia pertubuhan Haji Iran yang mengadakan rundingan-rundingan gagal di Arab Saudi.

Syiah Iran dan Sunni Arab Saudi berselisih atas rakit isu serantau, terutamanya konflik-konflik di Syria dan Yaman yang mana kedua-dua mereka menyokong pihak lawan bertentangan.