Jemaah kumpulan pertama umrah berlepas ke Arab Saudi

Jemaah kumpulan pertama umrah berlepas ke Arab Saudi

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Seramai 11 orang jemaah kumpulan pertama yang mengikuti pakej umrah Darussalam Holdings Sdn Bhd berlepas ke Arab Saudi, hari ini, untuk menunaikan umrah. Pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat itu termasuk Umrah Plus Istanbul dan Umrah Plus Dubai & Abu Dhabi. Syarikat itu, dalam kenyataannya, turut memaklumkan bahawa pakej umrah untuk tahun 2016 juga telah dikeluarkan. Sepanjang cuti sekolah ini, syarikat itu turut menawarkan destinasi percutian ke Saigon, Korea, Beijing, Jepun, Turki, Sepanyol, Portugal dan Maghribi.

Kumpulan jemaah pertama yang mengikuti pakej umrah Darussalam Holdings Disember ini.
Kumpulan jemaah pertama yang mengikuti pakej umrah Darussalam Holdings Disember ini.

ARTIKEL YANG SAMA