Jemputan Lumba Perahu Naga Kota Kinabalu

Jemputan Lumba Perahu Naga Kota Kinabalu

Oleh Haji Mohd Daud Abd Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Pasukan Lumba Perahu Negara Brunei Darussalam telah dijemput menyertai Pertandingan Lumba Perahu Naga di Kota Kinabalu, Sabah selama dua hari bermula 13 Jun lalu.

Dalam acara pekayuh 20 orang, Pasukan Barocay All Star dari Filipina mendapat tempat pertama, Pasukan GAMTA dari Negara Brunei Darussalam mendapat tempat kedua dan Pasukan Majlis Lumba Perahu Kampung Lurung Dalam (MLPKLD), juga dari Brunei mendapat tempat ketiga.

Berangkat mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pasukan MLPKLD ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Penaung MLPKLD serta timbalannya, Haji Ibrahim bin Haji Yussof dan beberapa orang ahli jawatan kuasa yang dilantik.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama trofi dan replika cek RM2,000 yang dimenangi oleh pasukan MLPKLD.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama trofi dan replika cek RM2,000 yang dimenangi oleh pasukan MLPKLD.

ARTIKEL YANG SAMA