Jenama British melihat pasaran pengguna Muslim meningkat

Jenama British melihat pasaran pengguna Muslim meningkat

LONDON, 8 April (AFP) – Dari perniagaan kecil-kecilan hingga perniagaan gergasi, usahawan British telah mengintai pasaran global berkembang pesat bagi pengguna Islam dengan pelbagai jenama dari pakaian hingga kad ucapan dan juga kursus gym dalam talian.

Berbeza dengan Perancis, di mana terdapat penentangan terhadap produk pengguna Muslim yang khusus, walaubagaimanapun pendekatan di Britain seolah-olah lebih berminat dalam perniagaan itu.

“Halal bukan sahaja terpakai kepada makanan tetapi juga dengan etika perniagaan, pakaian dan sebagainya,” kata Rauf Mirza, pengarah Ekspo Gaya Hidup Muslim (MLE), yang menganjurkan pameran perdagangan bagi trend pengguna Muslim.

MLE pada minggu ini menganjurkan acara rangkaian yang membawa bersama-sama 150 pemimpin perniagaan, pakar dan usahawan muda di pusat bandar London bagi mengetahui tips perdagangan yang lebih baik untuk mendapat keuntungan daripada sektor yang berkembang itu.

Nama-nama terkenal seperti rantaian kedai Marks & Spencer kini menawarkan produk fesyen Islam – selaras dengan jenama dunia yang lain termasuk rumah fesyen Itali Dolce & Gabbana atau Jepun Uniqlo.

Shelina Janmohamed, naib presiden bagi syarikat pengiklanan Ogilvy Noor, memulakan acara rangkaian tersebut di London dengan taklimat mengenai bagaimana syarikat-syarikat British boleh “meneroka sektor gaya hidup global Muslim”.

Dia menganggarkan perbelanjaan gaya hidup pengguna Muslim adalah pada AS$2.6 trilion (2.3 trilion euro) setahun dan menunjukkan potensi dalam pasaran golongan muda khususnya, dengan data rasmi menunjukkan 14 peratus daripada penduduk dunia adalah Muslim.

ARTIKEL YANG SAMA