Jenayah dadah kristal meth meningkat 600 peratus

Jenayah dadah kristal meth meningkat 600 peratus

BERLIN, 27 Mac (dpa) – Jenayah berkaitan dengan dadah kristal meth telah meningkat lebih 600 peratus sejak 2012 di bandar Jerman, kata ketua Jabatan Dadah di Pejabat Siasatan Jenayah Berlin memberitahu dpa hari ini.

Pada 2015, 160 jenayah itu telah dicatatkan berbanding hanya 24 pada 2012, kata Olaf Schremm.

Kristal meth adalah perangsang sintetik yang lebih kuat daripada kokain dan ekstasi, serta mengakibatkan ketagihan berlebihan dan membawa kepada kerosakan fizikal yang serius.

Pada 2013, para detektif telah mencatatkan 78 kes kristal meth, sementara pada 2014 terdapat kira-kira 132 kes.

Jumlah kristal meth yang dirampas juga telah meningkat: dalam tahun 2013, ia hanya 690 gram, meningkat kepada 900 gram pada 2014, dan pada 2015 ia telah memuncak sekitar 5.8 kilogram.

“Ia termasuk kes tunggal dengan sejumlah besar dadah tersebut seberat 4.5 kg,” jelas Schremm.