Jendela perpindahan pemain mula dibuka

Jendela perpindahan pemain mula dibuka

MANCHESTER, 1 Jan (Agensi) – Jendela perpindahan pemain bagi Januari mula dibuka hari ini yang menyaksikan ramai bakal menjadi tumpuan pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chelsea, Manchester United dan Liverpool dijangka antara yang paling aktif dalam membeli pemain baharu berbanding kuasa besar lain untuk mereka cuba menamatkan saingan di kedudukan terbaik selepas mengharungi musim tidak menentu.

Malah ada kelab yang cuba berebut untuk mengelak daripada zon penyingkiran dan seperti kebiasaan sudah ada tawaran dilakukan untuk tempoh sebulan ini.

Januari lalu, kelab Inggeris berbelanja besar membabitkan nilai kira-kira STG130 juta.

Manchester United, Chelsea dan Liverpool yang dijangka paling aktif membeli pemain baharu. – Reuters
Manchester United, Chelsea dan Liverpool yang dijangka paling aktif membeli pemain baharu. – Reuters

Tetapi ia mungkin berbeza buat kali ini terutamanya Chelsea dan mana-mana pemain terbaik yang bakal ditandatangani pengendalinya, Guus Hiddink dijangka akan menjadi inspirasi untuk kebangkitan semula pasukan dengan jolokan The Blues itu selepas hanya berada di tangga ke-14 liga.

“Sesi perpindahan sudah terbuka luas,” kata Hiddink.

Sama juga buat United, kehadiran penyerang berkelas dunia akan memastikan sesuatu yang berbeza buat Louis van Gaal selepas Anthony Martial dan Wayne Rooney masih bergelut dengan sentuhan jaringan. “Masalah utama kami bukan untuk menguasai perlawanan, tetapi menjaringkan gol,” kata Van Gaal.

ARTIKEL YANG SAMA