Jeneral Saudi terbunuh di sempadan Yaman

Jeneral Saudi terbunuh di sempadan Yaman

RIYADH, 27 Sept (AFP) – Seorang Jeneral Arab Saudi terbunuh di selatan negara itu berhampiran sempadan Yaman ketika “mempertahankan negara”, menurut pasukan tentera hari ini.

Timbalan Komander Briged ke-8 di Jazan, Brigedier Jeneral Ibrahim Hamzi, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas dibawa ke hospital, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi tanpa mendedahkan tarikh atau butiran kejadian.

Ibrahim adalah pegawai berpangkat tinggi kedua dalam tentera Arab Saudi yang diumumkan terkorban di sempadan Yaman hujung minggu ini.

ARTIKEL YANG SAMA