Jeneral Thai nafi tuduhan

Jeneral Thai nafi tuduhan

BANGKOK, 3 Jun (Reuters) – Seorang jeneral tentera berpangkat tiga bintang menafikan tuduhan ke atasnya bagi kesalahan berkaitan pemerdagangan manusia, ketua polis Thai menjelaskan, siri terbaru dalam beberapa penangkapan bertujuan membasmi pemerdagangan manusia.

Thailand sudah mengeluarkan 84 waran tangkap ketika ia melancarkan tindakan keras ke atas penyeludupan dan pemerdagangan manusia melalui wilayahnya. Tindakan keras itu mencetuskan krisis kemanusiaan di Asia Tenggara ketika penjenayah mengabaikan kapal-kapal penuh dengan pelarian daripada berisiko mengangkut mereka melalui Thailand.

Leftenan Thai Jeneral Manus Kongpan merupakan pegawai paling kanan didakwa setakat ini dalam operasi itu. Polis mengatakan mereka membuat 51 tangkapan. Manus berada dalam tahanan polis hari ini selepas menyerah diri. Dia digantung tugas pada Isnin apabila polis mengarahkan penangkapannya. “Dia mengatakan dia tidak terbabit, yang merupakan satu penafian (tuduhan),” ketua polis kebangsaan Thailand, Somyot Poompanmuang memberitahu wartawan hari ini.

Manus merupakan satu-satunya askar yang sudah didakwa dengan kesalahan berkaitan dengan pemerdagangan manusia, kata timbalan ketua polis Aek Angsanont. Lebih daripada 50 polis Thai dipindahkan jawatan kerana disyaki berkaitan dengan pemerdagangan dan penyeludupan.

Leftenan Jeneral Manus Kongpan (kanan) yang dituduh melakukan kesalahan pemerdagangan manusia, tiba di Ibu Pejabat Polis Kebangsaan untuk menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. – Reuters
Leftenan Jeneral Manus Kongpan (kanan) yang dituduh melakukan kesalahan pemerdagangan manusia, tiba di Ibu Pejabat Polis Kebangsaan untuk menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. – Reuters

Kira-kira 4,000 penghijrah mendarat di Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Bangladesh semenjak Bangkok melancarkan tindakan keras bulan lalu.

PBB menganggarkan sekitar 2,000 penghijrah masih lagi hanyut di lautan selepas penyeludup memilih untuk mengabaikan mereka daripada berisiko ditangkap jika membawa mereka ke daratan.