Jennifer Lopez tidak abai tanggungjawab

Jennifer Lopez tidak abai tanggungjawab

BIARPUN sedang asyik bercinta dengan penyanyi rap terkenal Drake, Jennifer Lopez masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik.

Penyanyi berusia 47 tahun itu dilaporkan kelihatan membawa anak kembarnya, Emme dan Maximilian makan malam di Craig’s di Hollywood barat.

Walaupun sudah secara rasmi mengesahkan percintaan mereka, Jenniffer tidak membawa penyanyi rap tersebut makan malam bersama-sama mereka.

Penyanyi terkenal itu tampil cantik menggayakan seluar berwarna hitam dan baju putih dengan rambut bersanggul.

Jennifer Lopez sedang hangat menjalin hubungan percintaan dengan Drake.
Jennifer Lopez sedang hangat menjalin hubungan percintaan dengan Drake.

Terdahulu, khabar angin mengenai kemesraan Jennifer dan Drake hangat diperkatakan sebelum mereka mengesahkan perkara itu baru-baru ini.

Drake turut muncul memberi sokongan di konsert-konsert Jennifer Lopez.

Perkara tersebut turut mengundang rasa kurang senang bekas kekasih Drake iaitu Rihanna yang mengambil keputusan untuk unfollow penyanyi berkenaan di Instagram.

ARTIKEL YANG SAMA