Jepun ambil langkah berjaga-jaga

Jepun ambil langkah berjaga-jaga

TOKYO, 21 Ogos – Jepun hari ini bersedia bagi angin kencang, hujan lebat dan tanah runtuh ketika negara itu menghadapi dua taufan yang akan berlaku.

Taufan Kompasu dijangka akan melanda utara pulau Hokkaido malam ini, yang membawa sehingga 126 kilometer (80 batu) sejam, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Ribut tersebut, yang berada di Pasifik sekitar 100 kilometer (60 batu) ke tenggara bandar Kamaishi pada 9:00 masa setempat hari ini (0000GMT), sudah menghasilkan hujan lebat yang membanjiri sungai-sungai di Hokkaido.

Agensi tersebut mengeluarkan amaran bagi hujan lebat, tanah runtuh dan gelombang besar dalam dan sekitar Hokkaido dari Kompasu.

Taufan Mindulle, yang terletak di Pasifik 170 kilometer (110 batu) ke barat laut Chichijima pada sekitar 9:00 waktu setempat, menuju ke utara menghampiri pulau Jepun, Honshu dengan angin sehingga 126 kilometer sejam, kata agensi tersebut.

Mindulle dijangka melanda tengah Jepun esok pagi, kemungkinan berhampiran Tokyo, kata agensi tersebut.

Sementara itu, Taufan Lionrock berada di selatan Pasifik, Shikoku, tetapi dijangka tidak akan melanda Jepun secara langsung, kata agensi itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA