Jepun bakal tawarkan khidmat pengebumian ‘pandu-lalu’

Khidmat memberi penghormatan kepada si mati secara pandu lalu bakal diadakan di Jepun bermula Disember tahun ini. – AFP

TOKYO, 13 Sept – Sebuah firma pengebumian Jepun dijangka menawarkan saudara-mara peluang untuk memberikan penghormatan terakhir mereka kepada keluarga yang meninggal dunia tanpa perlu keluar dari kereta-kereta mereka.

Firma itu mendakwa khidmat “pandu lalu” itu adalah yang pertama di Jepun, di mana jumlah tinggi penduduk yang semakin tua bermakna pengebumian boleh dijadikan satu perdagangan.

Golongan tua yang berkabung boleh mendaftar nama-nama mereka pada peranti tablet sesentuh dan membuat satu penyembahan tradisional hanya dengan menurunkan jendela kereta, satu proses yang disampaikan pada skrin-skrin di dalam majlis untuk dilihat oleh keluarga si mati.

 

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

http://digital.mediapermata.com.bn