Jepun bantah Rusia berhubung penahanan rakyatnya

Jepun bantah Rusia berhubung penahanan rakyatnya

TOKYO, 22 Ogos – Jepun hari ini membuat bantahan diplomatik kepada Rusia kerana penahanan rakyat Jepun yang mengunjungi pulau yang dipertikaikan oleh kedua-dua buah negara tersebut.

Tokyo dan Moscow berusaha untuk menyelesaikan ketegangan yang berlaku berdekad lamanya terhadap empat buah kepulauan yang diduduki oleh Kesatuan Soviet beberapa hari berakhirnya Perang Dunia II dan sekarang dikawal oleh Rusia.

Lelaki tersebut, yang tidak dikenal pasti, ditahan berikutan pemeriksaan bagasi yang dilakukan ketika pelepasannya, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga memberitahu wartawan.

Tokyo “dengan tegas membantah menerusi saluran diplomatik” dan meminta dia dibenarkan pulang, kata Suga, yang juga jurucakap ketua kerajaan.

Dia tidak menyatakan mengapa lelaki tersebut ditahan.

Hubungan tegang selama beberapa dekad kerana kepulauan tersebut, dikenali di Jepun sebagai Wilayah Utara dan di Rusia sebagai Pulau Kuril.

Pertikaian itu menghalang kedua-dua buah negara dari menandatangani perjanjian damai untuk menamatkan permusuhan zaman perang.

Penahanan lelaki tersebut adalah ahli dari program bebas visa yang bermula pada tahun 1992, menurut Suga.

Penahanan dibuat ketika Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Rusia, Vladimir Putin bersetuju pada Mei lalu untuk menghidupkan semula perbincangan bagi menyelesaikan pertikaian wilayah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA