Jepun bantu Jakarta tangani bencana alam

Jepun bantu Jakarta tangani bencana alam

YOGYAKARTA, 5 Nov (Agensi) – Jepun akan membantu Jakarta dalam menangani penenggelaman tanah yang telah mencecah 18 sentimeter setahun, dan disyaki punca utama banjir tahunan.

“Kami telah menyampaikan idea ini kepada Kementerian Kerja Raya Indonesia dan sedang menyiapkan rancangan besar untuk memulihkan aras bumi di Jakarta,” Penasihat Dasar Sumber Air Kementerian Kerja Raya agensi derma Jepun JICA, Kunihiro Moriyasu berkata, di sini.

Menurut Moriyasu, punca utama penenggelaman tanah di Jakarta ialah penggunaan air tanah berlebih-lebihan oleh industri-industri dan keluarga.

Moriyasu berkata “Kami mempunyai pengalaman fenomena penenggelaman serupa di Jepun. Dalam tempoh antara 1920 hingga 1970, permukaan darat di Tokyo menurun 4 meter disebabkan untuk penggunaan air tanah berlebih-lebihan.”

Pada ketika itu, pentadbiran bandar Tokyo membuat pengaturan bagi bekalan air alternatif, sama ada melalui rawatan kumbahan atau pemulihan sungai, membina empangan dan mengambil beberapa langkah lain.

Pentadbiran itu juga mengaturkan semula keseluruhan bandar dengan memindahkan beberapa buah industri ke bandar-bandar lain untuk mengurangkan permintaan air.

Bagaimanapun Moriyasu berkata di sebalik hakikat ini langkah-langkah ini berjaya di Jepun, ini tidak semestinya digunakan di Jakarta dan sebarang langkah semestinya yang boleh disesuaikan dengan budaya tempatan.