Jepun beri amaran ribut, hujan lebat berhampiran Tokyo

Jepun beri amaran ribut, hujan lebat berhampiran Tokyo

TOKYO, 16 Ogos – Pihak berkuasa di Jepun hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat disertai angin kencang ketika ribut tropika bergerak ke arah pantai timur yang mempunyai penduduk yang ramai, menggesa berhati-hati berhubung kemungkinan banjir.

Ribut Tropika Chanthu, membawa angin kencang kira-kira 108km kilometer sejam, berada beberapa ratus kilometer tenggara Tokyo di Lautan Pasifik pada malam hari ini, kata agensi meteorologi.

Pada laluannya masa ini ia mungkin membuat turunan di timur Jepun, termasuk wilayah Chiba, tenggara Tokyo, awal pagi hari ini sebelum menuju ke rantau Tohoku utara Jepun, kata agensi.

Ribut itu dijangka akan menjejaskan sebahagian besar kawasan, kata agensi, memberi amaran kepada orang awam untuk bersiap sedia menghadapi angin kencang dan banjir.

Hujan turun sekejap-sekejap di Tokyo bermula petang hari ini namun tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan akibat ribut yang menghampiri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA