Jepun beri bantuan AS$78.2 juta kepada Palestin

Jepun beri bantuan AS$78.2 juta kepada Palestin

TOKYO, 17 Feb – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, pada hari Isnin, berjanji untuk memberikan bantuan sebanyak AS$78.2 juta bagi ekonomi rantau itu, termasuk untuk pembinaan semula Gaza dan sokongan untuk pelarian, Jiji Press Jepun melaporkan .

Abe juga berikrar bahawa Jepun akan bekerjasama untuk keamanan di Timur Tengah itu, termasuk penyertaannya melalui persidangan dalam pelbagai hala mengenai isu itu, menurut pegawai-pegawai Jepun.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan bahawa mereka akan terus mencari keamanan antara Israel dan Palestin dan bersetuju untuk menggesa Israel dalam menghentikan aktiviti penempatan mereka di rantau itu.

Abe menyatakan kesediaan Jepun untuk memainkan peranan yang aktif di bawah inisiatif keamanan yang dicadangkan bulan lepas oleh Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius.

Perdana Menteri juga menyampaikan kepada Abbas dalam rancangan untuk menghantar Masaharu Kono, duta khas Jepun bagi keamanan Timur Tengah, untuk mengatur langkah-langkah bantuan bagi Palestin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA