Jepun beri China amaran

Jepun beri China amaran

TOKYO, 2 Ogos – Beijing berdepan risiko mencetuskan konflik yang tidak disengajakan dengan pesaing Asia menerusi dasar agresifnya dalam perbalahan laut, Jepun mengingatkan hari ini dalam satu penilaian keselamatan tahunan.

Tuntutan China ke atas Laut China Selatan, di mana ia telah membina beberapa siri pulau tiruan yang berupaya menyokong operasi tentera meskipun tuntutan bertindan dari negara lain, telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa.

Kuasa terbesar rantau itu ‘terus bertindak dalam cara bersifat pendesak’ dan tindakannya ‘termasuk perbuatan berbahaya yang boleh mengakibatkan kesan yang tidak diingini,’ kata Tokyo dalam kertas putih pertahanan.

Beijing menerima tekanan untuk menghormati hasil dapatan tribunal sokongan PBB pada bulan lalu bahawa tidak adanya asas undang-undang dalam cita-citanya untuk menuntut Laut China Selatan di mana Filipina, Vietnam, Malaysia dan negara lain juga mempunyai tuntutan.

Kertas putih itu berkata China “dijangka memenuhi permintaan satu pihaknya tanpa kompromi” termasuk usaha “untuk mengubah perubahan keras berkenaan kepada status quo kepada fait accompli.”

Dan ia sekali lagi menggesa Beijing supaya mematuhi keputusan tribunal, yang telah dikecam oleh China sebagai satu penipuan.

Jepun juga meluahkan kebimbangan mengenai aktivitinya yang meningkat di Laut China Timur, di mana kedua-dua negara mempunyai tuntutan ke atas sekumpulan pulau kecil yang tidak berhuni digelar Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China.

“Baru-baru ini, China telah mempertingkat aktiviti berhampiran Pulau Senkaku, seperti pesawat udara tenteranya yang terbang lebih hampir ke selatan pulau,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA