Jepun biayai landasan kereta api AS$2.4 bn di Filipina

Jepun biayai landasan kereta api AS$2.4 bn di Filipina

MANILA, 12 Ogos – Jepun hari ini mengumumkan ia melaburkan sekitar AS$2.4 bilion ke atas landasan baru di Filipina yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melanda Manila.

Jepun, rakan perdagangan teratas dan sumber bantuan Filipina, berkata landasan komuter 38 kilometer itu akan menghubungkan Manila dengan wilayah berhampiran Bulacan hingga ke bandar dan membantu memacu aktiviti ekonomi.

“Ini adalah salah satu projek terbesar Jepun yang pernah dimulakan menggunakan pinjaman yen,” kata timbalan setiausaha akhbar bagi kementerian luar negeri Jepun, memberitahu wartawan di Manila.

“Landasan kereta api adalah salah satu kepakaran kami…kami bersimpati dengan rakyat Filipina bahawa projek ini perlu dilakukan dengan secepatnya.”

Ohtaka berkata Jepun juga terbuka untuk membina satu landasan kereta api di rantau selatan Mindanao, satu projek Presiden Filipina, Rodrigo Duterte katakan sebelumnya China menawarkan untuk membiayainya.

Filipina telah berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan bekas sekutu Perang Dunia Kedua Jepun ketika ia berdepan dengan pertikaian tegang maritim bersama Beijing berhubung Laut China Selatan.

Landasan kereta api itu antara topik yang dibincangkan oleh Menteri Luar Negeri Jepun Fumio Kishida bersama Duterte kelmarin di bandar selatan Davao. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA