Jepun buat aduan kepada PBB

Jepun buat aduan kepada PBB

TOKYO, 31 Ogos (AFP) – Tokyo hari ini berkata ia telah membuat rungutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung rancangan Setiausaha Aung Ban Ki-moon untuk menghadiri perarakan besar ketenteraan di Beijing untuk memperingati ulang tahun ke-70 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II.

Jurucakap tertinggi kerajaan, Yoshihide Suga menggesa PBB supaya bersikap ‘berkecuali’ selepas Tokyo mengeluarkan rungutan kepada badan yang mempunyai 193 anggota itu pada Jumaat lalu.

“Kami mahu menggalakkan negara-negara anggota supaya melihat masa depan dan tidak terlalu menumpu pada peristiwa tertentu pada masa lalu,” Menurut Suga dalam penerangan ringkas media hari ini. Perarakan yang dirancang pada Khamis, memperlihatkan kekuatan yang muncul ketika China mengambil pendirian lebih mendesak di rantau ini, akan menyaksikan 12,000 orang tentera dan 500 perkakasan yang diarak di Dataran Tiananmen, dengan hampir 200 buah pesawat berlegar di udara.

Para pegawai China telah menyenaraikan 24 orang pemimpin negara dan kerajaan sebagai menghadirinya, dengan Presiden Rusia Vladimir Putin , Park Geun-Hye dari Korea Selatan dan Jacob Zuma dari Afrika Selatan antara yang paling utama.

Ban juga tersenarai, manakala pegawai-pegawai Jepun, termasuklah Perdana Menteri Shinzo Abe, menghindari perarakan itu. Sebelumnya Tokyo berkata Abe memutuskan untuk membatalkan lawatan ke China sekitar waktu perarakan memandangkan bantahan di tanah air berhubung usaha berkontroversi beliau untuk meluaskan peranan ketenteraan Jepun. Tetapi media tempatan mengatakan kerajaan bimbang dengan ciri-ciri anti-Jepun yang dipaparkan.

Abe sebelum ini melahirkan keinginan untuk menemui Presiden China Xi Jinping pada awal September, tetapi rundingan belum disahkan.

“Kebimbangan kerajaan Jepun tentang lawatan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon ke Beijing menampakkan pemikiran cetek pentadbiran Shinzo Abe dan kedegilannya dalam berpaut pada anggap sejarah yang salah,” akhbar China Daily melaporkan dalam editorial hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA