Jepun buka stesen radar di pulau dipertikai

Jepun buka stesen radar di pulau dipertikai

YONAGUNI, Jepun, 28 Mac (Reuters) – Jepun pada hari ini membuka stesen radar di Laut China Timur, memberinya pos pengumpulan risikan tetap berhampiran dengan Taiwan dan sekumpulan pulau yang dipertikaikan oleh Jepun dan China, sekali gus menimbul respons marah daripada Beijing.

Pangkalan Anggota Pertahanan Diri baru di pulau Yonaguni itu terletak di barat pulau Jepun di Laut China Timur, 150km dari selatan pulau yang dipertikaikan yang dikenali sebagai pulau Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China.

China telah mengemuka kebimbangan dengan negara jirannya dan di Barat dengan tuntutannya ke atas kebanyakan Laut China Selatan di mana Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei juga mempunyai tuntutan bertindih. Jepun telah lama dibelenggu dalam perbalahan wilayah dengan China berhubung pulau Laut China Timur. “Sehingga semalam, tidak adanya unit pemerhatian pantai di barat pulau Okinawa. Ia adalah satu kekosongan yang perlu kami isi,” kata Daigo Shiomitsu, leftenan kolonel Anggota Pertahanan Diri yang mengetuai pangkalan baru di Yonaguni.

Gambar dari udara menunjukkan pulau Yonaguni, di wilayah Okinawa dalam gambar fail yang diambil Kyodo pada 28 Mac 2007. Jepun hari ini membuka stesen radar di Laut China Selatan buat kali pertama yang akan memberikannya pos pengumpulan perisikan tetap hampir dengan Taiwan dan segugusan pulau yang dipertikai dan dituntut oleh Tokyo dan Beijing. –Reuters

“Ia bermakna kami boleh mengawasi di wilayah sekeliling Jepun dan bertindak balas terhadap semua situasi.”

Shiomitsu menghadiri satu majlis hari ini di pangkalan bersama 160 kakitangan tentera dan kira-kira 50 orang kenamaan. Pembinaan beberapa bangunan, yang memaparkan dinding putih dan bumbung genting merah Okinawa, masih belum siap.

Pulau seluas 30 kilometer persegi itu menjadi tempat tinggal kepada 1,500 penduduk, yang kebanyakannya menternak lembu dan menanam tebu. Kontinjen Anggota Pertahanan Diri dan ahli keluarga akan menambah jumlah penduduk sebanyak satu perlima.

ARTIKEL YANG SAMA