Jepun cadang pasang tandas dalam lif

Jepun cadang pasang tandas dalam lif

TOKYO, 3 Jun (AFP) – Jepun berhasrat mahu memasang tandas dalam lif dan menyediakan bekalan air minum kecemasan bagi orang-orang yang terperangkap dalam gempa bumi yang sering melanda negara itu, kata pegawai hari ini.

Langkah itu dicadangkan selepas berpuluh-puluh orang kehausan selama beberapa jam susulan satu gempa bumi 7.8 magnitud pada Sabtu yang menghentikan lif-lif.

Kebanyakan lif akan berhenti secara automatik di tingkat berhampiran dan membuka pintunya namun 14 terkandas antara tingkat-tingkat.

Satu mesyuarat antara pegawai dari kementerian infrastruktur dan badan industri lif untuk mengkaji menyediakan tandas untuk kegunaan kecemasan akan diadakan, kata pegawai dari Persatuan Pembuat Lif memberitahu AFP.

Ini mungkin termasuk struktur kadbod boleh lipat dengan beg kalis air atau material boleh serap di dalamnya. Beberapa pemasangan terbaru lif mempunyai kawasan duduk kecil bagi warga emas yang semakin ramai di Jepun dan memasang kemudahan di bawah kerusi ini adalah satu kemungkinan.

Jepun mempunyai sekitar 620,000 lif di tempat awam atau bangunan komersial di seluruh negara, kira-kira 20 peratus daripadanya di Tokyo. Ia terletak di empat kerak tektonik dan sering kali dilanda gempa bumi kuat.

ARTIKEL YANG SAMA