Jepun catat defisit dagangan

Jepun catat defisit dagangan

TOKYO, 25 Mei (AFP) – Jepun kembali mencatat defisit dagangan pada April selepas lebihan pertama dalam hampir tiga tahun pada Mac, namun kekurangan tersebut mengecut mendadak tahun-ke-tahun disebabkan eksport yang lebih kukuh dan bil tenaga yang lebih rendah, data menunjukkan hari ini.

Defisit bulanan mencecah 53.4 bilion yen, kira-kira satu perlima belas daripada 825.5 bilion yen yang dicatat setahun sebelumnya, data kementerian kewangan menunjukkan. Eksport meningkat 8.0 peratus tahun-ke-tahun terutamanya disebabkan penyerahan kereta, komponen elektronik dan jentera yang memberangsangkan memandangkan yen adalah 17 peratus lebih murah daripada dolar berbanding tahun lalu.

Import merosot 4.2 peratus tatkala kos minyak dan gas merosot.

Berdasarkan rantau, penyerahan ke China meningkat 21.4 peratus, jauh mengatasi pertambahan 2.4 peratus dalam eksport ke China dan kenaikan 0.8 peratus dalam eksport ke Kesatuan Eropah.

“Ekonomi Jepun adalah lebih memberangsangkan pada tahun ini, dipimpin oleh penggunaan domestik dan permintaan luar,” kata Yoshitaka Suda, ahli ekonomi di Nomura Holdings.

Bot Pengawal Pantai Jepun ketika meronda di hadapan terminal kargo antarabangsa pelabuhan Tokyo pada 25 Mei. – AFP
Bot Pengawal Pantai Jepun ketika meronda di hadapan terminal kargo antarabangsa pelabuhan Tokyo pada 25 Mei. – AFP

“Kami fikir ekonomi AS akan terus berpulih secara sederhana, membantu merangsang eksport Jepun,” beritahunya kepada Bloomberg News.

Data April keluar selepas laporan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh daripada dijangka pada minggu lalu. Data dari Pejabat Kabinet menunjukkan ekonomi Jepun bertumbuh lebih cepat daripada dijangka sebanyak 0.6 peratus dalam tiga bulan pertama 2015 tatkala ia berpulih daripada kemelesetan.

Bank Jepun pada Jumaat menangguhkan pelancaran lebih banyak perangsang dan gabenor Haruhiko Koroda berkata ekonomi nombor tiga dunia itu sedang meningkat dari segi momentum selepas mengenakan kenaikan cukai jualan pada April tahun lalu.

Sejak memegang jawatan pada akhir 2012, perdana menteri Jepun telah melancarkan dasar profil tinggi – termasuk perbelanjaan kerajaan yang besar dan pelonggaran mata wang bank pusat – dalam usaha untuk menamatkan deflasi dan pertumbuhan lembap bertahun-tahun lamanya.

Defisit April adalah jauh lebih kecil daripada jangkaan pasaran untuk defisit berjumlah lebih daripada 300 bilion yen walaupun ia mengubah lebihannya pada Mac sebanyak 227.4 bilion, yang mencatat keadaan kredit pertama sejak Jun 2012.

ARTIKEL YANG SAMA