Jepun dakwa kesan kapal bersenjata China

Jepun dakwa kesan kapal bersenjata China

TOKYO, 23 Dis (Reuters) – Sebuah kapal pengawal pantai China dilengkapi dengan apa yang kemungkinannya empat menara kecil senjata dilihat berhampiran gugusan pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, menurut pengawal pantai China hari ini.

Kapal pengawal pantai China kerap belayar berhampiran gugusan pulau kecil tersebut, tetapi jurucakap pengawal pantai Jepun memberitahu Reuters ini ada kali pertama kapal pengawal pantai China yang bersenjata dilihat di kawasan berkenaan.

“Kami sudah menyampaikan bantahan keras dan meminta agar dihentikan segala aktiviti berhampiran Kepulauan Senkaku dengan segera,” Takako Ito, jurucakap di Kementerian Hal Ehwal Luar Jepun berkata melalui mesej e-mel.

Gambar dikeluarkan Pengawal Pantai Jepun pada 22 Disember 2015 menunjukkan kapal Pengawal Pantai China belayar berhampiran kepulauan Senkaku di Jepun dan dikenali sebagai kepulauan Diaoyu di China. – Reuters
Gambar dikeluarkan Pengawal Pantai Jepun pada 22 Disember 2015 menunjukkan kapal Pengawal Pantai China belayar berhampiran kepulauan Senkaku di Jepun dan dikenali sebagai kepulauan Diaoyu di China. – Reuters

Beliau merujuk kepada gugusan pulau kecil yang tidak berpenghuni dengan menggunakan nama Jepun. Ia dikenali sebagai Diaoyu di China.

“Jepun akan terus bertindak tegas dan bertenang, di bawah prinsip mempertahankan wilayah tanah, air dan udara kami,” katanya.

Kapal itu yang kali pertama dilihat tengah hari semalam, hari ini dikesan belayar pada jarak 29km di gugusan pulau tersebu, kata pengawal pantai Jepun.

Hubungan China dan Jepun sejak sekian lama terjejas berhubung dengan tuntutan ke atas wilayah yang dikawal Jepun itu.

ARTIKEL YANG SAMA