Jepun digegarkan lagi

Jepun digegarkan lagi

MINAMIASO, Jepun, 19 April ( AFP) – Kawasan selatan Jepun yang dilanda gempa bumi telah digegarkan dengan kejutan lanjut kuat hari ini dan pasukan penyelamat telah menemui mayat seorang wanita yang terkubur di bawah runtuhan tanah, menambah jumlah yang terkorban dari gempa bumi berkembar kepada 45 orang.

Lebih 100,000 orang yang dipindahkan, tidur dalam kereta mereka, manakala yang lain dalam gimnasium atau di pusat komuniti, mengharungi malam yang sejuk.

Ramai yang takut untuk berada dalam rumah mereka ketika kejutan lanjur terus menggoncangkan kawasan itu di selatan pulau Kyushu, termasuk gegaran 5.5 magnitud pada petang tadi.

Pasukan penyelamat mencari orang yang hilang di tapak tanah runtuh di Minamiaso, wilayah Kumamoto, Jepun, Kelmarin. - AP
Pasukan penyelamat mencari orang yang hilang di tapak tanah runtuh di Minamiaso, wilayah Kumamoto, Jepun, Kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA