Jepun-EU bincang perjanjian perdagangan bebas

Jepun-EU bincang perjanjian perdagangan bebas

TOKYO, 29 Mei (AFP) – Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) telah mengadakan rundingan sidang kemuncak hari ini dengan Perjanjian Perdagangan Bebas yang lama tertangguh dijangka menjadi agendanya.

Perdana Menteri Shinzo Abe akan bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker dan Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dalam pertemuan tahunan antara para pemimpin bagi kedua-dua rakan perniagaan besar itu.

Jepun dan EU telah bersetuju untuk bekerjasama ke arah perjanjian perdagangan bebas berbilion euro yang menghubungkan ekonomi ketiga besar di dunia itu kepada blok 28 anggota negara – pasaran terbesar dunia.

Namun rundingan telah tergendala berhubung isu tarif dan sekatan perdagangan, walaupun Tokyo telah mengatakan ia akan mencapai persetujuan asas tahun ini.

EU mahu kemajuan ke atas sekatan bukan tarif dalam pasaran tertentu Jepun, sementara isu penting bagi Tokyo adalah Brussels membatalkan duti kastam ke atas automobil Jepun – satu topik sensitif bagi pengeluar kereta terbesar dan pengeksport Jerman.

Delegasi dari Jepun dan Kesatuan Eropah ketika menghadiri mesyuarat sidang kemuncak Jepun-EU di Tokyo pada 29 Mei. – AFP
Delegasi dari Jepun dan Kesatuan Eropah ketika menghadiri mesyuarat sidang kemuncak Jepun-EU di Tokyo pada 29 Mei. – AFP

Jepun juga terlibat dalam rundingan berhubung perjanjian perdagangan bebas meluas Pasifik, digelar TPP, yang pada masa ini menjadi buntu dalam politik domestik Amerika Syarikat, penyokong utamanya.

Para pemimpin Jepun dan EU juga dijangka akan mengesahkan meneruskan kerjasama rapat berhubungan isu global utama seperti Ukraine, di mana pasukan pro-Rusia melancarkan pemberontakan di timur negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA