Jepun, Filipina adakan latihan tentera laut pertama

Jepun, Filipina adakan latihan tentera laut pertama

TOKYO/MANILA, 8 Mei (Reuters) – Jepun dan Filipina akan mengadakan latihan tentera laut bersama bulan ini di Laut China Selatan, berhampiran beting dipertikai yang dituntut China, sumber di Tokyo dan Filipina mengatakan. Latihan keselamatan maritim yang akan diadakan pada 12 Mei yang akan menjalankan kod latihan bagi persemukaan tidak dirancang di laut, dikenali sebagai CUES sebagai sebahagian daripada perjanjian ditandatangani Jepun dan Filipina dalam Januari yang berhasrat meningkatkan kerjasama keselamatan.

Ciri latihan bagaimanapun kemungkinan besar tidak akan membimbangkan China, memandangkan ia sudah menjalankan latihan serupa dengan Amerika Syarikat pada masa lalu.

Namun kehadiran kapal tentera laut Jepun di Laut China Selatan menandakan minat semakin mendalam negara itu ke atas kawasan itu, dan mungkin menjengkelkan Beijing ketika kritikan ke atas projek-projek penebusgunaannya semakin lantang.

“Latihan tidak akan jauh dari Beting Scarborough,” kata satu sumber di Jepun, merujuk kepada pulau berbatu yang dirampas China dalam 2012 selepas tiga bulan ketegangan dengan Filipina.

ARTIKEL YANG SAMA