Jepun ganda bilangan F-15 di Okinawa

Jepun ganda bilangan F-15 di Okinawa

TOKYO, 31 Jan – Jepun telah menggandakan bilangan jet pejuang F-15 di pulau selatan Okinawa, berhampiran pulau-pulau yang dipertikaikan di Laut China Timur, menurut kementerian pertahanan hari ini.

Pasukan Pertahanan Udara Jepun kini memiliki kira-kira 40 buah F-15 di pangkalan Naha Okinawa, menurut kementerian pertahanan itu.

Langkah itu muncul ketika Jepun dan China sering bertelingkah berhubung pemilikan Pulau Senkaku yang dikawal Tokyo di Laut China Timur.

Jepun mentadbir pulau-pulau tidak dihuni itu di bawah nama namun China juga menuntutnya dan mengelarnya Diaoyus.

Kapal-kapal China – kebanyakannya kapal pengawal pantai – dan pesawat udara telah mendekati mereka untuk menyokong tuntutan Beijing dan menguji tindak balas Jepun.

Komander Pangkalan Pasukan Tentera Udara Naha, Jepun, Kiyoaki Kawanami (tengah) menerima bendera kor daripada Kenji Wakamiya (kiri) semasa satu majlis di Pangkalan Naha di Naha, wilayah Okinawa pada 31 Januari. – AFP
Komander Pangkalan Pasukan Tentera Udara Naha, Jepun, Kiyoaki Kawanami (tengah) menerima bendera kor daripada Kenji Wakamiya (kiri) semasa satu majlis di Pangkalan Naha di Naha, wilayah Okinawa pada 31 Januari. – AFP

“Ia adalah barisan hadapan bagi pertahanan negara,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Kenji Wakamiya, dipetik oleh Jiji Press, pada majlis hari ini di pangkalan Naha bagi menandakan pewujudan unit baru yang terdiri daripada jet-jet tambahan.

Kementerian pertahanan memindahkan kira-kira 20 buah F-15 dari pangkalan Tsuiki di pulau barat daya Kyushu ke Naha, menurut kementerian pertahanan. – AFP