Jepun gantung pembinaan pangkalan tentera AS

Jepun gantung pembinaan pangkalan tentera AS

TOKYO, 4 Mac (Reuters) – Kerajaan Jepun akan menerima pelan penyelesaian perantaraan mahkamah dan menggantung kerja-kerja pembinaan untuk penempatan semula pangkalan tentera udara AS di Okinawa dan akan memulakan rundingan baru dengan pihak berkuasa tempatan yang mahu pangkalan dipindah keluar dari pulau.

Kerajaan di Tokyo dan pihak berkuasa di selatan pulau Okinawa telah lama bertelingkah mengenai penempatan semula pangkalan tentera udara Marin AS di Futenma, satu kawasan bandar di pulau.

Tokyo mahu memindah pangkalan ke kawasan yang tidak mempunyai penduduk ramai tetapi gabernor Okinawa Takeshi Onaga mahu pangkalan dipindah keluar dari pulau.

Kerajaan Abe telahpun menggantung kerja-kerja pembinaan secara suka rela selama sebulan pada tahun lalu untuk memberikan masa untuk rundingan bersama pihak berkuasa pulau, tetapi gagal mencapai satu penyelesaian bermakna.

Gambar yang diambil pada 29 Oktober 2015 menunjukkan kren bergerak di sepanjang kerja-kerja penambakan oleh Kementerian Pertahanan, Biro Pertahanan Okinawa di Nago, wilayah Okinawa. – AFP
Gambar yang diambil pada 29 Oktober 2015 menunjukkan kren bergerak di sepanjang kerja-kerja penambakan oleh Kementerian Pertahanan, Biro Pertahanan Okinawa di Nago, wilayah Okinawa. – AFP

Beliau berkata dasar kerajaan bahawa penempatan semula pangkalan Futenma di pulau adalah satu-satunya opsyen yang belum berubah. Bagaimanapun, kerajaan sekali lagi akan menggantung kerja-kerja pembinaan untuk memberikan rundingan satu lagi peluang untuk berjaya.

“Tidak adanya perubahan kepada dasar kerajaan bahawa penempatan semula ke kawasan Henoko merupakan satu-satunya pilihan untuk pemulihan pangkalan Futenma,” beritahu Abe kepada wartawan.

“Namun jika keadaan sekarang, di mana kerajaan dan wilayah Okinawa sedang menyaman sesama sendiri, berterusan, pangkalan Futenma mungkin tetap tidak berubah untuk bertahun-tahun akan datang,” kata beliau.

Amerika Syarikat dan Jepun bersetuju pada 1996 untuk menutup Futenma dan memindah pangkalannya ke tempat lain di pulau berkenaan. Bagaimanapun, penempatan semula terhenti disebabkan tentangan daripada penduduk Okinawa yang bimbang mengenai bunyi, pencemaran dan jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA