Jepun gesa Singapura ringan sekatan import Fukushima

Jepun gesa Singapura ringan sekatan import Fukushima

TOKYO, 10 Jan (AFP) – Jepun menggesa Singapura untuk mengurangkan tegahannya ke atas import makanan Fukushima, berikutan langkah Kesatuan Eropah untuk meringankan penyekatan ke atas import dari kawasan itu, menurut laporan media hari ini.

Menteri pertanian Jepun, Hiroshi Moriyama mengatakan hab kewangan Asia akan mengambil langkah ‘proaktif’ untuk memenuhi permintaan Tokyo, selepas mengadakan rundingan dengan menteri Singapura bagi pembangunan nasional, lapor Jiji Press.

Pada Sabtu, EU mula mengendurkan penyekatan ke atas import makanan Jepun yang dikenakan selepas bencana nuklear Fukushima 2011.

Di bawah peraturan sebelumnya, EU memerlukan semua produk makanan, termasuk alkohol, dari wilayah Fukushima disertakan dengan sijil pemeriksaan radiasi.

Bagaimanapun, EU terus mengenakan sekatan ke atas pengimportan barangan seperti beras, cendawan dan beberapa produk perikanan.

Singapura telah menegah pengimportan ke atas produk tertentu Fukushima sejak 2011.

“Saya jelaskan langkah EU untuk mengurangkan’ penyekatannya, Moriyama memberitahu wartawan Jepun di Singapura.

“Saya menyeru bagi peringanan penyekatan berdasarkan bukti saintifik,” kata Moriyama, menurut Jiji.

Semasa rundingan, Wong mengatakan Singapura “akan mengambil langkah proaktif dengan menilai kes seperti langkah terbaru EU,” Moriyama memberitahu para wartawan.

Fukushima adalah kawasan pertanian penting sebelum bencana 2011, apabila tsunami besar membanjiri reaktor dan mencetuskan pencairan, mengakibatkan penyebaran habuk material radioaktif.

Ribuan orang dipindahkan dan sejumlah besar kawasan tanah tidak dapat digunakan untuk bercucuk tanam. Insiden itu telah mengakibatkan jenama Fukushima dicemari dalam dan luar negara.

Tokyo telah menggalakkan negara-negara di seluruh dunia untuk mengurangkan penyekatan perdagangan ke atas produk makanan Jepun selepas krisis Fukushima.

Sekitar 14 buah negara seperti Australia dan Thailand telah memansuhkan penyekatan mereka ke atas import makanan Jepun, sementara berpuluh negara terus untuk mengekalkan peraturan berkenaan, menurut Kyodo News.