Jepun hapus 230,000 ayam dijangkiti flu H5

Jepun hapus 230,000 ayam dijangkiti flu H5

TOKYO, 1 Dis – Jepun telah mengerahkan tenteranya untuk membantu memusnahkan 230,000 ekor ayam di tengah-tengah letusan flu avian yang jenis berjangkit, kata para pegawai.

Virus jenis H5 yang sangat memudaratkan telah dikesan pada ayam di sebuah ladang di bandar Joetsu wilayah Niigata, menurut kerajaan dalam satu kenyataan lewat kelmarin. Katanya, seramai 2,100 orang, termasuk 1,020 anggota tentera telah dikerahkan dalam usaha untuk menghapuskan ayam dan membendung virus tersebut.

Ayam berkenaan telah dihapuskan lewat kelmarin dan dijangka akan diteruskan sehingga Ahad, menurut kenyataan.

Pihak berkuasa juga menegah pengangkutan ternakan dan produk ternakan di kawasan dekat dengan ladang yang terjejas, sementara jalan-jalan utama yang menuju ke tempat itu juga disteril. Kes itu muncul selepas penghapusan hampir 320,00 ayam yang bermula di ladang lain di Niigata dan kira-kira 16,500 itik juga telah dimusnahkan di sebuah ladang di wilayah utara Aomori. – AFP

Para pegawai kerajaan dan askar-askar Pasukan Pertahanan Darat bersiap sedia sebelum menuju ke ladang ayam di Joetsu, wilayah Niitata pada 1 Disember. – AFP
Para pegawai kerajaan dan askar-askar Pasukan Pertahanan Darat bersiap sedia sebelum menuju ke ladang ayam di Joetsu, wilayah Niitata pada 1 Disember. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA