Jepun henti operasi satelit lubang gelap

Jepun henti operasi satelit lubang gelap

TOKYO, 28 April – Jepun telah menghentikan operasi satelit bernilai suku bilion dolar yang ia hantar untuk mengkaji lubang gelap, kata ahli saintis angkasa lepas yang kecewa hari ini, selepas menghabiskan masa berbulan-bulan lamanya untuk cuba menyelamatkannya.

‘Hitomi’ kapal angkasa berteknologi tinggi – atau mata – telah dilancarkan pada Februari untuk mencari sinar-X yang dipancarkan dari lubang gelap dan kluster galaksi.

Namun sejurus selepas kit mahal itu mencapai orbit, para penyelidik mengakui mereka telah hilang kawalan ke atasnya dan mengatakan ia tidak lagi berkomunikasi, dengan agensi ahli saintis mengatakan ia mungkin telah berkecai.

Bos-bos di Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) telah menetapkan berpuluh minda terpintar mereka ke atas tugas menyelamatkan satelit itu. Namun hari ini mereka menyedari telah tewas dan mengatakan mereka akan melepaskannya pergi.

“Kami telah mencapai persetujuan bahawa satelit itu dalam keadaan yang fungsinya tidak dijangkakan akan pulih,” ketua pengarah Institut Ruang Angkasa dan Astronautik Sains JAXA, Saku Tsuneta, memberitahu para wartawan.

Takashi Kubota (kanan), pengarah program angkasa lepas JAXA, menjawab soalan di samping versi mini satelit ‘Hitomi’ semasa sidang media bersama Saku Tsuneta (kiri), di Tokyo pada 28 April. – AFP
Takashi Kubota (kanan), pengarah program angkasa lepas JAXA, menjawab soalan di samping versi mini satelit ‘Hitomi’ semasa sidang media bersama Saku Tsuneta (kiri), di Tokyo pada 28 April. – AFP

“Saya memohon maaf kerana melepaskan operasi” satelit itu, katanya. Para pegawai JAXA memikirkan bahawa panel solar yang membekalkan kuasa bagi instrumen tepat mungkin telah terapung-apung, mengakibatkan nilai teknologi jutaan dolar itu hanyut dengan sia-sia di ruang angkasa.

Satelit itu, yang dibangunkan dalam kolaborasi bersama NASA dan kumpulan lain, adalah dihasratkan untuk membantu mendedahkan misteri lubang gelap, fenomena yang tidak pernah diperhatikan secara langsung. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA