Jepun hilang jejak satelit Hitomi

Jepun hilang jejak satelit Hitomi

TOKYO, 29 Mac (AFP) – Berpuluh saintis angkasa lepas bekerja keras ‘menggeledah’ langit-langit selepas kehilangan jejak sebuah satelit Jepun yang bernilai suku bilion dolar yang dihantar untuk mengkaji lubang gelap.

Satelit berteknologi tinggi ‘Hitomi’ atau mata – adalah satelit yang sepatutnya sibuk berkomunikasi dari orbit pada masa ini, kata Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA), namun tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatakan di mana ia berada.

Peranti itu dalam masa yang singkat telah berhubungan dengan kru lapangan namun tiba-tiba hilang, dengan para penyelidik Amerika melaporkan bahawa ia mungkin telah musnah kepada beberapa serpihan.

“Kami sangat-sangat mengambil berat situasi ini dengan serius,” Saku Tsuneta, pengarah Institut Ruang Angkasa dan Sains Astronautik agensi berkenaan kepada sidang media kelmarin.

JAXA memiliki sekitar 40 juruteknik dalam kes itu, cuba untuk mengesan kapal angkasa lepas dan menubuhkan beberapa jenis komunikasi dengannya, kata jurucakap agensi memberitahu AFP hari ini.

“Kami hampir-hampir mengetahui di mana ia berada,” tambah jurucakap itu, namun para saintis masih lagi cuba untuk mencari lokasi tepatnya.

Satelit itu, yang dihasilkan dengan kerjasama NASA, agensi angkasa AS, dan pelbagai kumpulan lain, telah dilancarkan pada 17 Februari dan direka untuk memerhati sinar X yang muncul dari lubang gelap dan kluster galaksi.

Lubang gelap tidak pernah diperhatikan secara langsung, namun ahli saintis percaya ia adalah kemusnahan bintang-bintang besar yang tarikan graviti besarnya sangat kuat sehingga tidak ada satu pun boleh terselamat.

Pengumuman bulan lalu itu yang mengatakan gelombang graviti telah dikesan buat pertama kalinya menambah bukti tentang kewujudannya selepas ahli saintis menemui gelombang itu telah diakibatkan oleh dua lubang gelap besar berlanggar.

Kehilangan satelit yang berjumlah 31 bilion yen (AS$273 juta), termasuk kos pelancarannya, adalah sepatutnya mengorbit pada altitud kira-kira 580 km.

Roket Jepun itu membawa satelit yang dilancarkan oleh roket utama negara H-IIA dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di selatan Jepun.

Jepun memiliki program ruang angkasa besar dan negara itu telah mencapai kejayaan dalam kedua-dua pelancaran satelit komersial dan saintifik.

ARTIKEL YANG SAMA