Jepun ke suku akhir

Jepun ke suku akhir

VANCOUVER, 24 Jun (AFP) – Gol Saori Ariyoshi dan Mizuho Sakaguchi memastikan penyandang juara, Jepun ke peringkat suku akhir Piala Dunia Wanita selepas menewaskan Belanda 2-1, pagi tadi.

Pertahanan Ariyoshi dengan jolokan Nadeshiko meledak gol pertamanya dalam kejohanan selepas 10 minit wisel permainan ditiup pengadil di Stadium BC Place. Gol kedua dijaringkan pemain tengah, Sakaguchi pada minit ke-78.

Ketika Jepun hampir mencatat kemenangan selesa tanpa balas, Kirsten Van de Ven menjaringkan gol sagu hati Belanda memasuki masa kecederaan babak kedua.

Juara itu mengalahkan pendatang baru Belanda dari awal lagi dan mungkin berada lebih jauh ke hadapan pada babak pertama tetapi beberapa penyudah hambar merosakkan rentak permainan.

Aya Sameshima terlepas peluang keemasan untuk gol kedua selepas 22 minit apabila rembatannya dari jarak dekat melepasi palang.

Midfield Jepun, Mizuho Sakaguchi (6) meraikan jaringan semasa menentang Belanda pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia Wanita di Stadium BC Place semalam. – Reuters
Midfield Jepun, Mizuho Sakaguchi (6) meraikan jaringan semasa menentang Belanda pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia Wanita di Stadium BC Place semalam. – Reuters

Peluang selanjutnya juga telah tersasar ketika Shinobu Ohno merembat sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Babak kedua juga menyaksikan banyak percubaan tersasar dengan rembatan Sakaguchi berjaya disekat pada minit ke-67. Dan penjaga gol Jepun Ayumi Kaihori melakukan tugasannya dengan baik apabila berjaya menumbuk keluar usaha jarak dekat Van De Ven selepas 76 minit.

Tetapi dua minit kemudian, Sakaguchi mengesahkan gol kemenangan untuk meletakkan Jepun ke suku akhir, di mana mereka akan menentang Australia di Edmonton Sabtu ini untuk menempah tempat ke separuh akhir.

Women’s World Cup fixtures

ARTIKEL YANG SAMA