Jepun labur $100 bilion untuk Asia

Jepun labur $100 bilion untuk Asia

TOKYO, 19 Mei – Jepun akan mengumumkan rancangan bernilai $100 bilion untuk melabur dalam jalan raya, jambatan, landasan kereta api dan projek bangunan lain di Asia, menurut satu laporan hari ini, beberapa minggu selepas China menekankan visinya bagi infrastruktur baru bank pembangunan di rantau itu.

Dalam perkembangan terbaru pergelutan pengaruh di rantau yang pesat berkembang itu, Perdana Menteri Shinzo Abe dijangka mendedahkan perkongsian awam-swasta lima tahun minggu ini, lapor Jiji Press.

Jumlah itu sejajar dengan modal $100 bilion Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dijangkakan yang sedang diwujudkan oleh Beijing dan lebih 50 negara anggota pengasas.

“Bantuan yang dibayangkan bertujuan memperlihatkan pendirian Jepun untuk menyumbang kepada pembinaan infrastruktur berkualiti tinggi di Asia menerusi pembangunan sumber manusia dan pemindahan teknologi dan menunjukkan perbezaan dari AIIB, supaya Jepun boleh meningkatkan profil tinggi di rantau itu,” lapor Jiji, tanpa mendedahkan sumbernya.

Laporan itu dibuat selepas Menteri Kewangan Jepun Taro Aso pada awal bulan ini berkata pada satu majlis yang diadakan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) sebuah badan yang telah wujud yang mana Tokyo telah memainkan peranan penting, bahawa Jepun sedang mendraf rancangan untuk meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur Asia.

Jepun dan AS adalah yang paling menonjol awal tahun ini apabila Beijing mula memikat anggota-anggota bagi AIIB.

Washington menerajui usaha begitu menonjol dan gagal kesudahannya, untuk memujuk sekutu-sekutu supaya tidak menyertai projek itu, yang menurut pengkritik tidak akan menuntut standard sama pentadbiran dan persekitaran baik yang dikenakan oleh badan-badan antarabangsa lain seperti ADB.

Tetapi para penyokong meragui dengan mengatakan perlunya pelaburan berbilion-bilion dolar dalam infrastruktur di Asia. Rantau itu juga menawarkan perolehan wang mudah untuk negara-negara yang mempunyai industri infrastruktur mantap, seperti Jepun. – AFP