Jepun labur AS$30b di Afrika

Jepun labur AS$30b di Afrika

NAIROBI, 28 Ogos – Jepun akan membiayai AS$30 bilion pelaburan di Afrika menjelang tahun 2018, termasuk AS$10 bilion dalam pembangunan infrastruktur, kata Perdana Menteri Shinzo Abe semalam pada satu sidang kemuncak di Nairobi.

Abe sedang menggunakan persidangan itu untuk bertemu dengan berpuluh pemimpin dari seluruh Afrika, di antara mereka Presiden Kenya Uhuru Kenyatta dan pemimpin Afrika Selatan Jacob Zuma. Ia adalah kali pertama Persidangan Antarabangsa Tokyo mengenai Pembangunan Afrika (TICAD) yang diadakan di Afrika, dengan kesemua lima acara sebelumnya dianjurkan di Jepun.

“Apabila bergabung dengan pelaburan daripada sektor swasta, saya menjangka jumlah sebenar adalah AS$30 bilion,” kata Abe ketika sidang kemuncak TICAD bermula.

Shinzo Abe (kiri) dan Presiden Chad, Idriss Derby semasa pembukaan (Persidangan Antarabangsa Tokyo dalam Pembangunan Afrika) TICAD di Nairobi pada 27 Ogos 2016. – AFP
Shinzo Abe (kiri) dan Presiden Chad, Idriss Derby semasa pembukaan (Persidangan Antarabangsa Tokyo dalam Pembangunan Afrika) TICAD di Nairobi pada 27 Ogos 2016. – AFP

Angka tersebut termasuk AS$9 bilion yang masih belum dibelanjakan daripada janji yang dibuat pada persidangan TICAD sebelumnya pada 2013.

“Ia adalah satu pelaburan yang mempunyai kepercayaan dalam masa depan Afrika,” kata beliau.

Matlamat persidangan, dianjur bersama oleh PBB, Kesatuan Afrika, Bank Dunia dan Jepun, adalah untuk merangsang perdagangan dan bantuan kepada Afrika, tatkala Jepun berharap kualiti berkenaan akan menambah kuantiti dalam pertarungan menentang pengaruh China ke atas benua itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA