Jepun lancar unit antipengganas global

Jepun lancar unit antipengganas global

TOKYO, 7 Dis – Jepun akan melancarkan unit anti-pengganas baru minggu ini untuk mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai pengganasan antarabangsa, menurut kerajaan hari ini, berikutan serangan ke atas warganya di luar negara serta serangan global termasuk yang berlaku bulan lepas di Paris.

Pemenggalan kepala dua warga Jepun awal tahun ini, yang didakwa oleh kumpulan Negara Islam (IS), serta kematian 10 yang lain dalam krisis tebusan di Algeria pada 2013 mendedahkan betapa mudahnya warga Jepun menjadi mangsa di luar negara.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, ketua jurucakap kerajaan, berkata unit baru itu, dalam lingkungan kementerian luar, akan memberikan tumpuan ke atas pengumpulan dan menganalisis maklumat.

“Kami akan mengambil langkah menyeluruh untuk mencegah pengganasan dan untuk melindungi warga Jepun daripada sebarang ancaman,” Suga memberitahu sidang media biasa.

Gambar fail bertarikh 4 Disember 2015 menunjukkan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga (kanan) berjabat tangan dengan Duta Amerika Syarikat ke Jepun Caroline Kennedy (tengah) sambil di-perhatikan Leftenan Jeneral John Dolan, Komander Tentera AS di jepun, pada sidang media bersama di kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di Tokyo. - Agensi
Gambar fail bertarikh 4 Disember 2015 menunjukkan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga (kanan) berjabat tangan dengan Duta Amerika Syarikat ke Jepun Caroline Kennedy (tengah) sambil di-perhatikan Leftenan Jeneral John Dolan, Komander Tentera AS di jepun, pada sidang media bersama di kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di Tokyo. – Agensi

Unit itu yang akan beroperasi mulai esok, akan mempunyai kira-kira 20 kakitangan di Tokyo dan 20 orang lagi berpangkalan di misi diplomatik Jepun di luar negara, pegawai-pegawai melaporkan sebelum ini, dan akan memberikan tumpuan ke aras empar kawasan geografi: Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara dan Afrika Barat.

Kerajaan pada asalnya merancang untuk memulakan operasi unit itu pada April 2016. Tetapi berikutan serangan besar pengganas baru-baru ini, seperti yang berlaku di Paris, menyebabkan tarikh bermula diawalkan, kata diplomat Jepun.

Suga turut menzahirkan perpaduan Jepun dengan Amerika Syarikat sejurus selepas Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan yang menyaksikan beliau berikrar untuk menumpaskan IS ekoran kejadian amuk maut minggu lepas di California, yang disifatkan oleh pemimpin Amerika Syarikat itu sebagai tindakan pengganasan.

Suga menambah bahawa Tokyo akan bekerjasama rapat dengan AS dan negara-negara lain “untuk mencegah tindakan pengganas.” – AFP